Kiplimo, Feysa dominasi Maraton Chicago

Kiplimo, Feysa dominasi Maraton Chicago

JACOB Kiplimo menjuarai Maraton Chicago.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICGAGO: Pelari Uganda, Jacob Kiplimo membuktikan kehebatannya apabila menjuarai Maraton Chicago dengan catatan masa 2 jam 2 minit 23 saat (s) dalam penampilan keduanya dalam acara itu.

Pemegang rekod dunia separuh maraton itu meninggalkan pesaingnya, Amos Kipruto dari Kenya dengan kelebihan 1:32s manakala rakan senegara Kipruto, Alex Masai di tempat ketiga dengan 2:04:37s.

Kiplimo yang muncul naib juara ketika debut di London sebelum ini mula memecahkan kelompok utama selepas kilometer ke-30 dan kekal di depan hingga ke garisan penamat.

“Menang di sini satu pencapaian besar buat saya. Saya sangat gembira tetapi saya masih lapar untuk berlari lebih pantas lagi,” kata Kiplimo.

Dalam acara wanita, pelari Ethiopia, Hawi Feysa turut cemerlang apabila menamatkan saingan dengan masa 2:14:56s, jauh meninggalkan rakan senegara, Megertu Alemu (2:17:18s) dan Magdalena Shauri dari Tanzania (2:18:03s).

“Menang di sini sangat menakjubkan. Saya bekerja keras dan berlatih tanpa henti untuk capai kemenangan ini,” kata Feysa.

Walaupun tiada rekod dunia baharu dicatat, pelari tuan rumah Conner Mantz mencuri tumpuan apabila memecahkan rekod maraton Amerika Syarikat (AS) dengan catatan 2:04:43s, menewaskan rekod lama Khalid Khannouchi yang bertahan 23 tahun.

Sementara itu, pelumba Switzerland, Marcel Hug dan wakil AS Susannah Scaroni masing-masing muncul juara kategori kerusi roda lelaki dan wanita dalam perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca cerah dan sempurna itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN