Jaguh maraton digantung tiga tahun akibat doping

Jaguh maraton digantung tiga tahun akibat doping

RUTH CHEPNGETICH - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Dunia olahraga dikejutkan dengan penggantungan pemegang rekod dunia maraton wanita, Ruth Chepngetich selama tiga tahun selepas positif bahan terlarang.

Atlet Kenya berusia 31 tahun yang juga juara dunia 2019 didapati positif menggunakan bahan diuretik hydrochlorothiazide (HCTZ) dalam ujian pada 14 Mac lalu.

Pengerusi Unit Integriti Olahraga (AIU), David Howman menegaskan kes Chepngetich membuktikan tiada sesiapa pun kebal terhadap undang-undang sukan.

“Kes ini jelas menunjukkan bahawa tiada atlet, walaupun juara dunia atau pemegang rekod, berada di atas peraturan,” katanya dalam kenyataan rasmi AIU kelmarin.

Ketua AIU, Brett Clothier pula memaklumkan siasatan tambahan sedang dijalankan terhadap bahan mencurigakan yang ditemui dalam telefon bimbit milik pelari itu.

“Kes ujian positif HCTZ ini telah diselesaikan, namun kami akan terus menyiasat kemungkinan pelanggaran lain berdasarkan bahan yang ditemui,” kata Clothier.

Chepngetich sebelum ini menafikan pernah mengambil bahan larangan tetapi kemudian mendakwa tersilap menelan ubat pembantu rumahnya selepas jatuh sakit dua hari sebelum ujian dilakukan.

Penggantungan itu menambah episod hitam buat Kenya yang kini mencatat lebih 140 kes doping sejak 2017 walaupun usaha besar-besaran dilakukan kerajaan untuk membersihkan imej sukan negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN