FAM belum kemuka rayuan kepada FIFA

FAM belum kemuka rayuan kepada FIFA

NOOR AZMAN RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum membuat sebarang rayuan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung denda dan penggantungan tujuh pemain warisan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, badan induk itu ketika ini sedang menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada FIFA.

“FAM ingin memaklumkan pada ketika ini tiada sebarang perkembangan baharu berhubung isu keputusan penggantungan oleh FIFA. FAM masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada pihak FIFA.

“Proses rayuan hanya akan dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan penghakiman itu diterima.

“Sehubungan itu, pihak FAM tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan atau perkembangan lanjut sehingga proses rayuan selesai sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Pada Jumaat lalu, FAM dan tujuh pemain warisan iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN