Verstappen perlahankan rentak kemenangan McLaren

Verstappen perlahankan rentak kemenangan McLaren

Pemandu Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen meraikan kemenangannya di podium selepas memenangi Grand Prix Formula Satu Itali di litar Autodromo Nazionale Monza, di Monza, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA: Max Verstappen memperlahankan penguasaan McLaren dalam Formula Satu (F1) dengan aksi pemanduan yang luar biasa untuk meraih kemenangan di Grand Prix Itali semalam.

Bermula dari petak utama, juara dunia bertahan, Verstappen melengkapkan hujung minggunya di Monza yang turut melakukan catatan pusingan terpantas dalam sejarah F1 dalam sesi kelayakan pada Sabtu lalu.

Pelumba Red Bull itu mempunyai peluang yang tipis untuk meraih kejuaraan dunia kelima berturut-turut setelah ketinggalan 94 mata di belakang pendahulu, Oscar Piastri yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

“Ia benar-benar menyeronokkan. Saya rasa kami masuk pit pada waktu yang tepat dan dengan tayar keras di penghujung perlumbaan, anda boleh menekan lebih banyak. Ia adalah pelaksanaan yang fantastik oleh semua orang.

“Saya rasa sepanjang hujung minggu kami benar-benar fokus sepenuhnya. Sangat menyeronokkan untuk menang di sini,” kata Verstappen.

Dalam pada itu, pelumba McLaren, Piastri kini mendahului kejuaraan dengan kelebihan 31 mata di hadapan rakan sepasukannya, Lando Norris yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

“Saya sentiasa tahu ia akan menjadi pertarungan yang hebat dengan Max dan memang begitu. Tetapi tiada kelajuan hari ini (kelmarin), tiada kelajuan seperti Max dan Red Bull. Tapi ia masih menyeronokkan, perlumbaan yang bagus juga,” kata Norris. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN