Verstappen masih sangsi dengan kemampuan Red Bull

Verstappen masih sangsi dengan kemampuan Red Bull

Pasukan Red Bull bergelut dalam saingan F1 musim ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU: Pelumba Red Bull, Max Verstappen mengakui bahawa dia masih tertanya-tanya sama ada pasukannya itu mampu untuk mengubah nasib mereka dalam saingan Formula Satu (F1) musim 2025.

Red Bull melalui musim mencabar selepas McLaren mendominasi kebanyakan perlumbaan, sehingga mendorong Verstappen mengakui bahawa harapannya untuk mempertahankan gelaran dunia hampir musnah hanya selepas beberapa perlumbaan sahaja.

Namun, kemenangan berturut-turut di Grand Prix (GP) Itali dan Azerbaijan telah mencetuskan perbualan bahawa Verstappen mungkin kembali dalam perebutan kejuaraan.

Ini kerana pelumba dari Belanda itu telah mengecilkan jurang dengan pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri kepada 69 mata tatkala saingan musim ini masih berbaki tujuh perlumbaan.

Lebih menggembirakan buat Red Bull adalah kemajuan terkini mereka dalam memahami jentera RB21 yang sukar dipandu, membolehkan pasukan itu menikmati sedikit momentum yang jarang berlaku.

Namun juara dunia empat kali, Verstappen mengakui bahawa dia tidak pasti sama ada perubahan positif seperti itu mungkin berlaku.

“Pada akhirnya, anda memang akan melalui detik-detik yang sukar dan sudah tentu, kadang-kadang anda akan berfikir, ‘Adakah semuanya akan baik-baik saja, bolehkah kami mengubah keadaan ini?’

“Tetapi dalam masa yang sama, tiada gunanya terus berfikir seperti itu. Anda sentiasa perlu mencari jalan penyelesaian, berbincang dengan orang dalam pasukan dan bertukar idea dengan cara yang positif.

“Akhirnya, itulah yang paling penting dan itulah yang telah kami lakukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN