TFC hilang khidmat Akhyar

TFC hilang khidmat Akhyar

Pemain Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid berdepan kecederaan buku lali. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Perancangan Terengganu FC (TFC) untuk berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City) hari ini terganggu selepas tidak dapat menggunakan khidmat Akhyar Rashid.

Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkata, pemain sayap lincah itu tidak dapat diturunkan dalam aksi menentang KL City kerana mengalami kecederaan di bahagian buku lali.

“Cuma Akhyar tidak dapat diturunkan ekoran kecederaan sebelum ini tetapi kita sudah persiapkan beberapa pemain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya,” katanya.

Badrul Afzan turut mengingatkan barisan pertahanan supaya tidak leka dan memandang rendah keupayaan KL City yang memiliki pemain berbisa seperti seperti Safawi Rasid.

“Kita tahu kelebihan Safawi dan beberapa tonggak mereka yang boleh cipta kejutan. Jadi kita perlu berwaspada dan tidak boleh leka walaupun berada dalam prestasi baik,” katanya.

Dalam pada itu, Badrul Afzan mengakui anak buahnya perlu menyesuaikan diri dengan aksi sebelah petang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Katanya, aksi sebelah petang lebih mencabar dari segi fizikal yang menuntut pemain lebih fokus, bijak mengawal permainan dan mengelak kesilapan mudah.

“Kita kena bijak kawal tempo, main secara bijak dan elakkan kesilapan yang boleh membuka ruang untuk lawan. Ini penting terutama bila bermain waktu petang yang lebih mencabar dari segi fizikal.

“Saya mahu mereka mengekalkan rentak positif ini agar kita terus bersaing untuk berada di kelompok teratas liga,” katanya

Ketika ini, TFC dan KL City menghuni kelompok tiga teratas Liga Super dengan skuad The City Boys berada di tangga kedua mengumpul 13 mata manakala skuad Penyu di tempat ketiga dengan 10 mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN