Tang Jie-Ee Wei fokus kejohanan besar?

Tang Jie-Ee Wei fokus kejohanan besar?

Chen Tang Jie (kiri) dan Toh Ee Wei memegang trofi mereka sambil menggigit pingat emas mereka ketika mereka meraikan di atas podium selepas menewaskan pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam perlawanan akhir beregu campuran di Kejohanan Badminton Dunia di Arena Adidas, Paris. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyertaaan beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ke Terbuka Hong Kong minggu depan masih belum dapat dipastikan kerana mereka memerlukan rehat secukupnya selepas melakar sejarah menjadi juara dunia pada Ahad lalu.

Ketua jurulatih beregu campuran kebangsaan, Nova Widianto berkata, keutamaan buat masa ini adalah memastikan keadaan fizikal dan pemulihan pemain selepas beraksi dalam siri kejohanan yang padat.

“Mereka punya kondisi belum sempurna, tidur pun belum cukup. Jadi kena rehat dulu, sebab itu Hong Kong belum pasti.

“China Masters pasti pergi, tetapi untuk Hong Kong kita akan buat keputusan esok (hari ini) selepas saya berbincang dengan pemain dan Rexy (Mainaky),” kata Nova kepada pemberita selepas majlis penghargaan oleh syarikat pengeluar makanan terkenal di Subang Jaya, semalam.

Sekiranya menyertai Terbuka Hong Kong yang bermula Selasa ini, pasangan No.3 dunia itu dijangka berdepan pasangan No.25 dunia dari England, Callum Hemming-Estelle Van Leeuwen.

Tang Jie-Ee Wei kini sudah mengesahkan tiket ke Jelajah Dunia Akhir sekali gus memberi ruang kepada barisan kejurulatihan untuk memilih kejohanan yang lebih penting.

Menurut Nova, tumpuan lebih besar akan diberikan kepada tiga kejohanan Super 750 iaitu China Masters pada 16 hingga 21 September, Terbuka Denmark (14 hingga 19 Oktober) dan Terbuka Perancis dari 21 hingga 26 Oktober.

“Saya rasa kita akan pilih (pertandingan) kerana sebelum ini kita mahu masuk banyak kejohanan untuk mendapatkan tiket ke Jelajah Akhir. Tapi sekarang kita sudah layak dan mahu atau tidak, kita perlu pilih.

“Yang pasti Super 750 dan 1000 kita pasti pergi, manakala untuk Super 500 mungkin kita akan tengok dulu sebelum membuat keputusan sama ada akan sertai atau sebaliknya,” katanya lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN