Tujuh wanita China tawar khidmat seks ditahan

Tujuh wanita China tawar khidmat seks ditahan

JABATAN Imigresen Johor menahan tujuh wanita warganegara China yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat dan Telegram di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan tujuh wanita warganegara China yang menawarkan khidmat seks menggunakan aplikasi WeChat dan Telegram dengan bayaran antara RM230 hingga RM400.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, kesemua suspek ditahan dalam Op Gegar kelmarin hasil serbuan ke atas beberapa unit apartmen di sekitar Tanjung Puteri, di sini bermula pukul 9 malam.

Katanya, Op Gegar dijalankan secara serentak mendapati kesemua suspek telah menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.

“Modus operandi digunakan adalah menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi media sosial.

“Bayaran dikenakan kepada mana-mana pihak yang mahu mendapatkan perkhidmatan tidak bermoral itu adalah antara RM230 hingga RM400. Kesemua bayaran dibuat secara tunai,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Tambah Mohd. Rusdi, ketujuh-tujuh wanita berusia antara 25 hingga 41 tahun dan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Pada masa sama, enam borang 29 iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan.

“Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika di sini bagi siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN