Sze Fei-Izzuddin terkandas di suku akhir

Sze Fei-Izzuddin terkandas di suku akhir

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 2 negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani terkandas di suku akhir selepas tewas kepada Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri pada suku akhir Kejohanan Badminton China Masters di Shenzhen, China, hari ini.

Pasangan No. 3 dunia itu kalah mudah menerusi keputusan straight set kepada beregu yang dipecah ganding tersebut 16-21, 11-21 hanya dalam masa 34 minit.

Kegagalan tersebut menyaksikan beregu ke-76 dunia itu kini menyamakan rekod pertemuan menjadi 1-1, selepas pertembungan terakhir pada suku akhir Terbuka Jepun, Julai lalu berpihak kepada Sze Fei-Izzuddin 21-13, 17-21, 22-20.

Kekalahan itu semakin mendedahkan kemerosotan prestasi yang sedang dialami Sze Fei-Izzuddin yang mempamerkan persembahan kurang menyakinkan berbanding tahun lalu.

Jika tidak segera bangkit dan mencari di mana silapnya, ranking dunia Sze Fei-Izzuddin berpotensi dirampas pencabar terdekat mereka memandangkan persaingan beregu lelaki begitu terbuka.

Selain beregu No. 1 dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan yang cukup dominan serta konsisten, persaingan beregu-beregu yang lain boleh dikatakan seimbang dan sesiapa sahaja boleh menang atau kalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN