Malaysian Tigress semakin bernafsu buru kemenangan

Malaysian Tigress semakin bernafsu buru kemenangan

SKUAD hoki wanita negara menewaskan Singapura 5-1 dalam aksi klasifikasi Piala Asia 2025 di Hangzhou, China, hari ini. - Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim memuji semangat juang pemainnya untuk melakar kemenangan 5-1 menewaskan Singapura dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan Piala Asia di Hangzhou, China, hari ini.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Gongshu Canal Sports Park terpaksa dihentikan selama satu jam 30 minit sebelum kembali bersambung pada minit ke-50 akibat hujan lebat.

“Pada separuh masa kedua, pemain bermain dengan baik apabila kita mendapatkan gol awal namun lepas suku ketiga kita kehilangan beberapa pemain menyebabkan lawan melakukan serangan.

“Pada suku keempat selepas lebih satu jam berehat pemain sudah nampak kehilangan fokus tapi saya bersyukur kerana tiada kecederaan yang serius sebab penting untuk kami menang dalam aksi seterusnya menentang Thailand (esok),” katanya.

Pertahanan negara, Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin dan Dayang Nuramirah Abang Mahadini masing-masing meledak dua gol manakala satu lagi jaringan dihasilkan oleh Nuramirah Shakirah Zulkifli. Gol tunggal Singapura dijaringkan oleh Johana Hajaratih.

Mengulas mengenai pertemuan Thailand, Nasihin berkata, dia perlu memastikan beberapa kelemahan diatasi pemainnya bagi mengekalkan rentak kemenangan pasukan.

“Kita jaringkan lima gol daripada 14 pukulan sudut penalti, satu jumlah yang dikira baik tapi masih perlu diperbaiki.

“Lawan Thailand nanti, kita perlu lebih berdisiplin, terutamanya di bahagian pertahanan. Saya lihat beberapa pemain perlu lebih menonjol dan kita perlu ambil peluang dalam baki dua perlawanan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN