Selangor wajib bangkit, elak terus dikritik

Selangor wajib bangkit, elak terus dikritik

KINOSHI (dua dari kiri) ketika sidang akhbar pra perlawanan menentang Tampines Rovers dalam kempen Kejuaraan Kelab Asean (ACC), malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) perlu bangkit dalam aksi berdepan Tampines Rovers dalam kempen Kejuaraan Kelab Asean (ACC), malam ini bagi menutup mulut pengkritik.

Prestasi yo-yo dalam saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) dihrapa tidak fokus Selangor untuk beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi berkata, anak buahnya perlu memburu tiga mata penuh dalam aksi kedua Kumpulan A itu bagi mencari penawar kepada aksi longlai seblum ini.

Ujar pengendali kelahiran Jepun itu, dua kekalahan sebelum ini nyata memberi tekanan hebat kepada anak didiknya yang perlu bangkit melakar kemenangan.

“Kita semua tahu ini (ACC) adalah kejohanan yang berbeza jadi kami perlu mengubah minda dan cara berfikir apabila turun menentang lawan malam esok (malam ini).

“Sebagai contoh, kami seri menentang Buriram United dalam aksi ACC, jadi tiada kena mengena dengan kekalahan kepada Kuching City dan Bangkok United.

“Sudah tentu ada tekanan tetapi kenapa saya di sini adalah untuk mengambil tanggungjawab. Ini adalah kerja saya,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan, semalam.

Sebelum ini, juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu tewas dua kali berturut-turut dalam dua saingan berbeza dengan kalah 2-4 di tangan Bangkok United dan tumbang 0-1 kepada Kuching City FC.

Ketika ini, skuad Merah Kuning menghuni tangga keempat Kumpulan A saingan ACC selepas aksi pertama sebelum ini menyaksikan barisan kendalian Kinoshi berjaya mengikat gergasi Thailand, Buriram United 1-1 di tempat lawan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN