PDRM ganda usaha ‘bedil’ kubu NSFC

PDRM ganda usaha ‘bedil’ kubu NSFC

AKSI PDRM menentang Negeri Sembilan FC dalam aksi pertama pusingan 16 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PDRM FC akan mempamerkan corak menyerang ketika berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi kedua pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Menurut penolong jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil, taktikal menyerang itu sangat diperlukan kerana The Cops menggalas misi sukar selepas ketinggalan dengan agregat 0-5 kepada skuad kendalian Nidzam Jamil.

Biarpun mahu lebih ‘ghairah’ di depan gol pelawat, Eddy turut mengingatkan anak buahnya agar memastikan benteng pertahanan tidak mudah dibolosi bagi mengelak skuad Rusa menambah jaringan.

“Kami akan mempamerkan corak serangan, tapi dalam masa yang sama tidak mahu gol kami dibolosi oleh pihak lawan. Saya hanya berharap agar pemain-pemain dapat berikan aksi yang terbaik untuk pasukan PDRM,” katanya.

Jelas bahawa selain menyerang, aspek bertahan juga menjadi keutamaan selepas gawang Sang Saka Biru dibolosi dengan jumlah besar pada aksi pertama, dan disiplin di Selayang nanti dianggap penentu kepada kekuatan pasukan.

Mengulas mengenai persiapan pasukan, Eddy menganggap semuanya seperti berjalan lancar dengan barisan pemain bebas daripada kecederaan, kecuali seorang tonggak pemainnya.

“Persiapan pasukan kini berjalan dengan baik sahaja, yang penting semua pemain kita bebas daripada kecederaan dan hanya Noel Agbre akan terlepas perlawanan tersebut akibat penggantungan,” tambahnya.

Selain aksi pertama yang berlangsung Jumaat, terdapat tujuh lagi aksi tumpuan Piala FA yang berlangsung termasuk Sabah FC lawan Bunga Raya FC, Selangor FC lawan Malaysian University dan Terengganu FC lawan Imigresen FC, esok.

Beralih pada Ahad pula, Kuching City FC dan DPMM FC, Kuala Lumpur City FC dan Kelantan The Real Warriors serta Penang FC dan Melaka FC. Aksi terakhir pula adalah perlawanan antara Johor Darul Ta’zim dan UM-Damansara United pada 2 Oktober 2025.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN