Kualiti pemain NSFC gembirakan Nidzam

Kualiti pemain NSFC gembirakan Nidzam

MOHD. Nidzam Jamil pada sidang akhbar selepas perlawanan NSFC menentang Sabah FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban semalam. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kehadiran pemain-pemain berkualiti yang dimiliki Negeri Sembilan FC (NSFC) ketika ini memberi kelebihan buat pasukan itu untuk tampil dengan prestasi membanggakan.

Situasi itu menggembirakan ketua jurulatih, Mohd. Nidzam Jamil yang melihat kemenangan terbaharu dalam aksi Liga Super atas Sabah FC semalam bukanlah disebabkan kelebihan taktikal pasukan.

“Kami ada Myo Tsuneyasu yang boleh ubah corak permainan. Jadi kami bermain bukan atas taktikal tetapi berdasarkan siapa yang kami ada.

“Ameyaw Alexander Agyakwa juga bagus dengan serangan dan kami dapat gol kedua. Saya rasa kami beruntung dapat seorang (lagi) penyerang yang boleh bertahan dengan baik. Saya gembira untuk Joseph Esso.

“Saya rasa dia (Joseph Esso) patut habiskan permainan dengan satu gol untuk hadiah pada diri dia sendiri, sebab Esso kerja sangat keras,” katanya pada sidang akhar selepas perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.

Pada perlawanan di hadapan lebih 20,000 penonton itu, NSFC menang dengan keputusan 3-0.

Nidzam dalam pada itu turut memuji sumbangan pemain muda seperti Muhammad Haiqal Danish Khairul Nizam dan Muhammad Noor Aidil Zailani.

“Pemain-pemain muda yang kami cuba bawakan ini, bagi saya istimewa. Mereka harus belajar bagaimana menguruskan ‘temperament’. Bagus untuk pasukan, ada pemain muda berkarisma,” katanya.

Beliau juga gembira, strategi menyerang ditampilkan juga berhasil.

Selepas mengharungi lima perlawanan, NSFC kini mengutip lapan mata untuk berada di kedudukan keempat liga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN