Liga Super: Negeri Sembilan guna khidmat jurulatih Sepanyol

Liga Super: Negeri Sembilan guna khidmat jurulatih Sepanyol

K. Rajan (tengah) memberi arahan kepada pemain NSFC dalam satu saingan liga super musim ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) dilaporkan akan menggunakan khidmat ketua jurulatih dari Sepanyol untuk membawa cabaran Liga Super musim 2026/2027.

Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus berkata, pengambilan jurulatih berusia 40an dari Barcelona itu telah dipersetujui oleh Pengerusi NSFC, Datuk Seri Aminuddin Harun dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Katanya, ketua jurulatih itu akan dibantu oleh dua penolong iaitu K. Rajan dan Khairul Ismail.

“Pengambilan jurulatih asing diharap dapat membantu NSFC membawa cabaran yang lebih kuat dalam saingan liga super musim ini,” katanya di sini hari ini.

Sukan Utusan difahamkan jurulatih dari Sepanyol itu dijangka tiba bulan depan semasa aksi pra-musim sebelum saingan liga super bermula Ogos ini.

Musim ini, NSFC dibimbing oleh Rajan mulai 23 Februari lalu selepas Mohd. Nidzam Jamil meletakkan jawatan berikutan prestasi pasukan itu yang dipertikaikan di pertengahan musim.

Sehingga akhir musim, NSFC menduduki tangga ketujuh liga super dengan 29 mata.

Sementara itu, Faliq memberitahu, pihaknya sedang memuktamadkan senarai pemain untuk disenaraikan dalam pasukan Liga Super dengan baki sehingga lima pemain sahaja lagi.

“Akan ada pemain import sebagai penyerang dan pertahanan tengah baharu yang akan diumumkan selepas kami menyelesaikan beberapa urusan.

“Semua pemain import dari Jepun dikekalkan kecuali Mio Tsuneyasu yang sedang mencari peluang untuk beraksi di Eropah,” katanya.

Tiga lagi pemain import dari Jepun ialah Kei Oshiro, Takumi Sasaki dan Yuichi Hirano.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN