PETALING JAYA: Aksi tunggal Liga Super malam ini menyaksikan Kuala Lumpur City (KL City) FC berjaya menumpaskan Brunei DPMM FC 4-0 di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah.
Perlawanan bermula seimbang pada awal permainan, namun ‘malapetaka’ tuan rumah bermula pada minit ke-25 apabila Yura Indera menjaringkan gol sendiri yang mengejutkan penyokong tuan rumah.
Gol berkenaan terhasil menerusi tolakan ke belakang yang gagal ditampan kemas penjaga gol DPMM, Haimie Abdullah Nyaring sebelum bola tergolek memasuki gawang tuan rumah.
Tesentak dengan jaringan itu, DPMM cuba memperbaiki permainan, namun gagal mencari gol penyamaan sehingga separuh masa pertama berakhir yang menyaksikan anak buah Risto Vidakovic mendahului 1-0.
Bersambung babak kedua, Victor Ruiz berjaya menambah jaringan buat skuad The City Boys pada minit ke-55 hasil umpaman menarik daripadak bersama-sama dengan Syamer Kutyy Abba.
Pada minit ke-64, Safawi Rasid menambah derita DPMM dengan meledak gol ketika KL City dan bekas pemain Terengganu FC itu sekali lagi meledak pada minit ke-84 untuk menutup pesta empat gol di gelanggang lawan.
Perlawanan tamat dengan keputusan 0-4 memihak kepada pasukan pelawat dan kemenangan itu meletakkan KL City di tangga kedua carta Liga Super setakat ini.-UTUSAN