Jangan tunduk sebelum berjuang- Rakphol

Jangan tunduk sebelum berjuang- Rakphol

PEMAIN futsal kebangsaan Ridzwan Bakri (kanan) berjaya melepasi kawalan penjaga gol Bangladesh, Md Jahid Hasan Rabbi alam aksi kedua Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Stadium Tertutup SUKPA di Kuantan, Pahang kelmarin yang berkesudahan Malaysia menang 7-1. UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Skuad futsal kebangsaan perlu beraksi dengan berani dan tidak tunduk sebelum berjuang ketika bertemu Iran dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Stadium Tertutup SUKPA, malam ini.

Selepas berjaya menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0 dalam aksi pertama dan membelasah Bangladesh 7-1, kelmarin, pengendali negara, Rakphol Sainetngam mahu rentak kemenangan itu diteruskan.

Walaupun menyedari skuad Iran hadir status juara Asia 13 kali dan membenam Bangladesh 12-0 dan UAE 10-0, skuad kebangsaan perlu lebih yakin untuk menang bagi melunaskan misi ke Piala Asia Futsal 2026.

“Saya kata kita yakin akan menang, tapi kita sedar ini ialah Iran. Kita perlu hadapi mereka dgn berani, ” kata Rakphol.

Jurulatih kelahiran Thailand itu menganggap aksi menentang Iran adalah perlawanan paling penting dan jika menang, skuad negara akan muncul juara Kumpulan G, sekaligus layak ke Piala Asia Futsal 2026.

Bagaimanapun, jika tumpas, skuad negara masih boleh berharap masih termasuk dalam senarai tujuh naib juara terbaik untuk bersama tuan rumah, Indonesia beraksi di kejohanan itu pada Januari tahun hadapan.

Dalam aksi menentang Iran, Rakphol berpeluang menurunkan skuad terbaik seperti Awaludin Mat Nawi, Mahadir Harahab, Danial Daim serta Syahir Iqbal Khan yang bebas dari kecederaan untuk beraksi.

Dalam masa yang sama, Rakphol juga mahu penyokong membanjiri Stadium SUKPA malam ini bagi memberi sokongan untuk menaikkan semangat barisan pemain.

“Saya minta kepada penyokong datang penuhkan stadium sekali lagi. Mari ‘kuningkan’ SUKPA dan anda menjadi kekuatan tambahan kepada kami,”

“Penyokong bayar rm35, bagi saya itu harga yg mahal. Tetapi, dua perlawanan sebelum ini kita tengok SUKPA penuh dengan penyokong dan situasi kini sangat mengujakan saya ” katanya.

Rokphol menyedari penyokong sanggup berbelanja besar utk beri sokongan, jesteru, skuad kebangsaan perlu bayar balik dengan berikan tentangan sengit kepada skuad negara Iran.

Ketika ini, skuad kendalian Rakphol berada di tangga kedua Kumpulan G, berkongsi enam mata dengan Iran, namun dipisahkan perbezaan jaringan dengan juara Asia 13 kali itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN