OSLO: Erling Haaland membantu Norway membelasah Moldova 11-1 dalam aksi Kumpulan I Kelayakan Piala Dunia 2026 untuk membuka peluang buat negaranya ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998.
Penyerang Manchester City itu, mencetak lima gol manakala pemain gantian, Thelo Aasgaard menambah empat lagi manakala dua lagi disumbang oleh Felix Horn Myhre serta Martin Odegaard.
Selepas lima perlawanan, Norway mendahului Kumpulan I dengan 15 mata, enam mata di depan Itali di tempat kedua yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Kekalahan terbesar Moldova itu meletakkan mereka di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.
Juara kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Dunia tahun depan, manakala naib juara perlu melalui aksi playoff.
Haaland kini meledak sembilan gol dalam lima perlawanan kelayakan Piala Dunia dan mengumpulkan 48 gol keseluruhan daripada 45 aksi bersama Norway, dengan merekodkan lima hatrik.-AGENSI