AS buru kuasa mutlak pecut dunia

AS buru kuasa mutlak pecut dunia

NOAH LYLES - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Amerika Syarikat (AS) kembali memburu penguasaan penuh acara pecut di Kejohanan Dunia Olahraga Tokyo selepas beberapa tahun dibayangi Jamaica yang menguasai trek dunia.

Bintang utama, Noah Lyles, juara Olimpik 100 meter (m) Paris tahun lalu, menjadi sandaran besar selepas turut menyapu gelaran dunia sebelum ini. 

Lyles, yang pernah bergelut dengan kecederaan buku lali, kini kembali garang apabila menewaskan juara Olimpik Botswana, Letsile Tebogo, dalam final Liga Berlian 200m dengan catatan 19.74 saat.

Rakan sepasukannya, Kenny Bednarek, juga hadir dengan reputasi hebat dengan catatan masa 9.79 saat (100m) dan 19.67 saat (200m) sekali gus menjadikan pasukan pecut lelaki AS cukup digeruni.

Di pentas wanita, tumpuan terarah kepada Melissa Jefferson-Wooden yang mencetus sensasi selepas mencatat 10.65 saat di ujian kebangsaan, sekaligus menjadi wanita kelima terpantas dunia. 

Selain itu, atlet berusia 23 tahun itu kini dilihat sebagai calon utama untuk rangkul emas 100m di Tokyo.

Rakan senegaranya, Sha’Carri Richardson, masih tercari rentak selepas gagal memecah 11 saat musim ini, namun tetap mara dengan tiket khas selaku juara dunia 2023.

Cabaran Jamaica kali ini pula agak terjejas apabila bintang veteran Shelly-Ann Fraser-Pryce, 38, sudah mengumumkan persaraan selepas kejohanan, manakala Shericka Jackson masih belum mencapai prestasi puncak.

Dengan formasi mantap di kedua-dua kategori, AS kini memasang impian menguasai semula larian pecut dunia yang melihatkan sesuatu yang tidak mereka capai sejak dua dekad lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN