Selangor FC ada ramuan jinakkan Sang Rusa

Selangor FC ada ramuan jinakkan Sang Rusa

PEMAIN Selangor FC menjalani latihan menjelang aksi berdepan negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super, malam ini.-IHSAN SFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pasukan Selangor FC memiliki ramuan tersendiri dalam menghadapi Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Pengurusnya, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, berkata, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi tidak gentar dengan tuan rumah dan sudah bersedia dengan perancangan taktikal tersendiri.

“Coach Kino (Kinoshi) ada strategi untuk mengatasi Negeri Sembilan, begitu juga Nizam Jamil dengan barisan pemainnya. Kedua-dua pasukan ada kelebihan, tetapi bagi saya peluang tetap 50-50.

“Cuma, pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan bijak memanfaatkan peluang akan meraih keputusan positif,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Mahfizul dalam masa sama mengingatkan pemain agar mengekalkan konsistensi walaupun beraksi di gelanggang lawan dengan kehadiran ribuan penyokong setia Hobin Jang Hobin.

“Tekanan itu pasti ada, memang kelebihan memihak kepada tuan rumah, tetapi kami tukar tekanan itu kepada ekspektasi.

“Pemain Selangor tahu tanggungjawab mereka untuk mengekalkan momentum selepas berjaya mengikat Buriram United dalam saingan Kejohanan kelab ASEAN (ACC).

“Kita juga harap penyokong Selangor turun beramai-ramai memberi sokongan dan berhati-hati di jalan raya kerana cuti panjang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahfizul menegaskan Selangor tidak akan memandang rendah cabaran Negeri Sembilan meskipun lawan tidak dapat menurunkan Alexander Argyarkwa yang masih terikat dengan pinjaman dari Selangor.

“Bola sepak bukan permainan individu, ia permainan berpasukan. Negeri Sembilan tetap ada pemain lain yang mampu mengisi kekosongan tersebut. Jadi kami tetap menghormati kekuatan mereka,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN