PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memerlukan data lengkap daripada Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi urusan memperbaharui memperbaharui kontrak Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia yang akan berakhir pada tahun hadapan.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, data tersebut amat diperlukan bagi menyakinkan pihak Kementerian Kewangan tentang penganjuran sukan permotoran itu terutamanya dari segi pulangan pelaburan.
“MotoGP kita tahu, pekerjaan sementara yang dapat dijana daripada sukan itu setiap tahun lebih kurang 4,500 pekerjaan.
“Namun, kita nak generasi muda atau pun warga emas yang terlibat dalam pekerjaan sementara seperti itu mereka dilatih supaya bukan sahaja jana pendapatan tetapi ada kemahiran yang kita berikan kepada rakyat.
“Itu sebab pengumpulan data itu penting dan kita telah tekankan pada SIC untuk pastikan semua ini dicatatkan untuk kita yakinkan kepada Kementerian Kewangan bahawa ini bukan satu pembaziran tetapi banyak memberi manfaat kepada sektor-sektor lain,” katanya.
Hannah ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen pekak negara yang akan menyertai Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025 di Jakarta, Indonesia dari 20 hingga 26 Ogos ini di sini semalam.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan SIC kini dalam proses rundingan bersama Dorna Sports (pemegang hak penganjuran MotoGP) bagi memperbaharui kontrak GP Motosikal Malaysia yang akan tamat pada 2026.-UTUSAN