Melaka lega muay Thai disenarai semula di Sukma Selangor

Melaka lega muay Thai disenarai semula di Sukma Selangor

VP. Shanmugam bersalaman dengan Pengarah MSN Melaka, Mohd. Asri Ninggal di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Tiga sukan iaitu muay Thai, petanque dan silambam yang disenaraikan semula di Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 cukup melegakan kontinjen Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk VP. Shanmugam berkata, keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukma dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini adalah tepat.

Menurutnya, bukan sahaja Melaka yang lega, malah beberapa negeri lain pasti menyambut baik keputusan itu kerana berpeluang  meraih pingat.

Katanya, muay Thai adalah antara prospek utama pingat emas berdasarkan kejayaan meraih 13 pingat pada Kejohanan Muay Thai Sukan Tempur Kebangsaan dan Kejohanan Muay Thai Grand Prix Kebangsaan 2025 baru-baru ini.

“Macam di Melaka kita memberi peruntukan untuk tiga sukan ini dengan latihan dan program mencungkil bakat baharu, bila tidak disenaraikan di Sukma ini satu kerugian,” katanya ketika ditemui pada program bertemu rakyat di Dataran Keris di sini, hari ini.

Dengan penambahan tiga sukan tersebut, Sukma yang dianjurkan di Selangor dari 15 hingga 24 Ogos tahun depan akan mempertandingkan 30 sukan wajib dan tujuh sukan pilihan.

Shanmugam berkata, acara silambam dan pentaque turut memberi gambaran pingat yang bakal diperoleh pada temasya tersebut.

Katanya, kontinjen Melaka menyasarkan memperbaiki pungutan pingat di Sarawak yang meraih 17 emas, 23 perak dan 30 gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN