McLaren lebih selesa tanpa pemandu utama

McLaren lebih selesa tanpa pemandu utama

Pemandu pasukan Formula Satu (F1) McLaren, Lando Norrris bersedia memulakan latihan semasa Grand Prix Las Vegas di Nevada baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: McLaren mendahului kedudukan pengeluar Formula Satu (F1) dengan dua pemandu mereka berada di puncak kejuaraan pemandu.

Oscar Piastri mendahului Lando Norris dengan sembilan mata tetapi 97 mata di hadapan Max Verstappen yang berada di tempat ketiga.

Namun, McLaren tidak menamakan pemandu No.1 dan menegaskan mereka membenarkan Piastri dan Norris untuk berlumba secara adil dan menentukan sendiri siapa juara F1 musim 2025.

“Kami sentiasa bekerjasama dengan baik sejak saya menyertai pasukan. Kami masih bekerjasama dengan cara yang sama. Kedua-dua kami suka berfikir bahawa sebahagian daripada kejayaan ini adalah hasil kerjasama kami berdua dan keinginan yang hampir sama terhadap ciri-ciri kereta.

“Juga sebagai contoh kepada seluruh pasukan. Kita pernah lihat sebelum ini bukan sahaja pemandu malah keseluruhan pasukan boleh hancur akibat geseran dan ketegangan dalaman.

“Kami saling memahami. Kami bekerjasama dengan sangat baik. Kami juga mahu peluang ini kekal selama mana kami berada dalam F1, bukan hanya sekali untuk tahun ini,” kata Piastri mengenai Norris.

Piastri tetap menegaskan dia tetap berkeyakinan untuk menamatkan musim ini sebagai juara meskipun jurang perbezaan mata tidak jauh antara dia dan Norris. 

“Ia bukan satu jurang yang selesa sama sekali. Tetapi saya telah percaya sejak perlumbaan pertama bahawa saya boleh menjadi juara tahun ini. Kepercayaan itu masih ada,” kata Piastri. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN