Jurulatih futsal Sabah FC rebah ditumbuk

Jurulatih futsal Sabah FC rebah ditumbuk

Ketua jurulatih Sabah, Roger Filipe rebah selepas ditumbuk oleh penolongnya sendiri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi penentuan tempat ketiga Piala Futsal Malaysia 2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC dicemari dengan insiden pergaduhan, petang tadi.

Bagaimanapun, pergaduhan itu tidak melibatkan skuad JDT kerana pergaduhan berlaku sesama sendiri dalam kem pengurusan Sabah FC selepas wisel penamat dibunyikan.

Dalam kejadian di N9 Arena di Nilai, Negeri Sembilan itu, ketua jurulatih Sabah FC ditumbuk oleh penolong jurulatihnya sendiri sekali gus rakamannya tular di media sosial.

Dalam aksi terbabit, Sabah mendahului JDT 3-1, tetapi aksi longlai pada akhir perlawanan menyaksikan lawan bangkit untuk melakar kemenangan 4-3.

Selepas perlawanan itu berakhir, ketua jurulatih Sabah, Roger Filipe tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan dan cuba bertindak agresif.

Beliau kemudian cuba ditenangkan pegawainya sendiri, namun Filipe terus bertindak agresif sebelum dia ditumbuk penolongnya.

Filipe kemudian jatuh dan terbaring sebelum marshal perlawanan meleraikan kedua-dua individu terbabit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN