Waspada taktik penipuan bayar saman trafik

Waspada taktik penipuan bayar saman trafik

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Taktik penipuan terbaharu dikesan berkaitan tunggakan bayaran tol atau kesalahan trafik menggunakan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MyBayar PDRM.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap taktik penipuan tersebut.

Menurut kenyataan, antara modus operandi penipuan tersebut ialah mangsa menerima mesej yang mengandungi pautan tertentu sebelum dibawa ke paparan laman web yang menyerupai laman rasmi PDRM.

“Mangsa akan diminta untuk menekan butang ‘Pay Now’ dan mengisi maklumat peribadi serta perbankan,” katanya dalam kenyataan.

PDRM menegaskan bahawa PDRM atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan menghantar sebarang notis bayaran melalui pautan rawak atau aplikasi WhatsApp.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengklik sebarang pautan mencurigakan, tidak memasukkan maklumat peribadi atau perbankan serta mengesahkan sebarang maklumat hanya melalui laman web rasmi atau kaunter agensi kerajaan.

Mangsa yang menerima mesej mencurigakan diminta segera membuat laporan kepada PDRM atau menghubungi CCID Scam Response Center.

PDRM turut menggesa orang ramai supaya menyebarkan peringatan tersebut bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN