Ducati ada kelebihan di Balaton Park

Ducati ada kelebihan di Balaton Park

Marc Marquez percaya Ducati ada kelebihan di Balaton Park- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALATONFOKAJAR: Saingan MotoGP kembali ke Hungary buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun sekali gus memberikan cabaran kepada pelumba untuk menguasai litar baharu.

Bagaimanapun, Ducati mendahului pesaing menerusi ujian tidak rasmi selepas enam pelumba mereka menguji Litar Balaton Park lebih awal berbanding pasukan lain.

Mereka menunggang jentera superbike komersial Ducati Panigale bagi mengelak sekatan peraturan yang melarang ujian dengan jentera lumba MotoGP.

Pendahulu kejuaraan, Marc Marquez, yang sedang berada di kemuncak prestasi, jelas gembira dengan kesempatan itu.

“Ini akan sangat membantu,” kata bintang Sepanyol itu yang kini memburu gelaran dunia ketujuh.

Marquez menyifatkan ia sebagai litar ‘berhenti dan mula’ apabila panjang litar hanya 4.08 kilometer, sekaligus merupakan litar kedua terpendek dalam kalendar 22 perlumbaan musim ini

“Ia bukan yang paling sukar, tapi saya sukakannya kerana saiznya kecil dan semua pelumba akan sangat rapat,” katanya.

Rakan sepasukan, Francesco Bagnaia, turut mengakui ujian itu memberi sedikit kelebihan walaupun mungkin hanya untuk hari pertama perlumbaan di samping senada dengan pandangan Marquez.

“Pertarungan ini sudah pasti akan sengit. Ada banyak titik panas dan ruang untuk memotong,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN