Burgos guna ‘senjata’ lama TSG di LTdL 2025

Burgos guna ‘senjata’ lama TSG di LTdL 2025

Merhawi Kudus (kiri) dan Jambaljamts Sainbayar ketika mewakili TSG di LTdL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua bekas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Merhawi Kudus dan Jambaljamts Sainbayar bakal menguatkan cabaran Burgos-Burpellet BH dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang berlangsung dari 28 September hingga 5 Oktober ini.

Se.ain dua perlumba terbabit, pasukan ProTeam Sepanyol itu mengekalkan pemenang jersi polkadot selaku Raja Bukit 2024, Mario Aparicio Munoz, selain membawa tiga lagi pelumba berpengalaman iaitu David Martin, Georgios Bonglas dan Jose Manuel Diaz Gallego.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal menegaskan kehadiran enam pelumba itu menunjukkan Burgos meletakkan sasaran besar dalam saingan lapan peringkat kali ini.

“Merhawi Kudus, Sainbayar, Aparicio dan Gallego adalah pelumba yang cukup berpengalaman dan pendaki diiktiraf, jadi tidak hairan mereka akan memburu kemenangan peringkat selain jersi hijau, jersi polka-dot serta kedudukan berpasukan keseluruhan.

“Kekuatan Burgos kali ini terarah kepada pendakian dan dengan empat pakar bukit, amat menarik untuk melihat percaturan pasukan ini terutama kelibat Kudus, Sainbayar dan Aparicio di laluan berbukit,” kata Emir dalam satu kenyataan semalam.

Kudus, 31, dari Eritrea pernah menduduki tempat kedua keseluruhan LTdL 2014 bersama MTN-Qhubeka dan kemudian beraksi di pentas Grand Tour bersama Astana serta EF Education.

Sainbayar, 31, yang pernah tiga musim bersama TSG, turut mencatat sejarah apabila menamatkan saingan di tempat kesembilan keseluruhan pada LTdL 2022 sebelum menyertai Burgos.

LTdL 2025 membabitkan jarak keseluruhan 1,243.5 kilometer (km) merentasi 12 negeri dengan perlumbaan bermula di Pulau Langkawi pada 28 September dan berakhir di Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC) pada 5 Oktober.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN