Anushka, Lee Robert juarai WCGC pusingan akhir kelayakan

Anushka, Lee Robert juarai WCGC pusingan akhir kelayakan di Templer Park

PARA peserta bergambar sambil menyanyikan lagu Jalur Gemilang sempena menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-68 sebelum memulakan kejohanan pusingan kelayakan terakhir Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) Malaysia di Templer Park Country Club, Rawang, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Pasangan Leonian Malaysia, Anushka Gayan dan Lee Robert muncul juara pusingan kelayakan terakhir Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) Malaysia di Templer Park Country Club, di sini baru-baru ini.

Pasangan yang pernah membantu Malaysia meraih tempat ketiga di WCGC Akhir Dunia di China tahun lalu itu, membuktikan keunggulan mereka sekali gus muncul sebagai pilihan utama pada peringkat akhir kebangsaan.

Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah Cuckoo Inductrio Hybrid Induction Hob setiap seorang. 

Kejohanan tersebut menyaksikan seramai 120 pemain golf korporat yang menjadikan acara tersebut bukan sekadar medan persaingan, malah peluang menjalin rangkaian perniagaan dalam suasana santai dan mesra.

PARA pemenang yang layak ke pusingan akhir kebangsaan di Kota Permai Golf & Country Club pada 25 September ini.

Dalam pada itu, bagi naib juara dimenangi oleh pasangan Kaizen Sdn. Bhd., Khairul Sarbany dan Ridzuan Ja’afar di mana masing-masing membawa pulang Huawei GT5 Pro.

Perebutan tempat ketiga pula, disandang oleh pasangan Sinar KMH, Shuhairi Abd. Aziz dan Mohd. Haeriman Nassim yang menerima hadiah bangku Fella Design Lazio.

Pasangan Les Copaque Production, Afzaruddin dan Noradyman Md. Sulaiman meraih tempat keempat dengan hadiah Bridgestone 24B wedge setiap seorang.

Bagi tempat kelima pula menjadi milik pasangan dari Simbiotik Technologies Sdn. Bhd., Mitra dan Abhishek Singh selepas menewaskan gandingan Mohd. Shahir Shaarani dan Mohd. Munir Mohd. Noor (Megahtech Venture) menerusi kiraan semula. 

Kejayaan itu melayakkan mereka menerima hadiah sepasang kasut Skechers GoGolf setiap seorang.

Secara keseluruhan, 20 pasukan terbaik daripada empat pusingan kelayakan akan berentap di peringkat akhir kebangsaan yang dijadual berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club pada 25 September ini.

Juara kebangsaan akan mewakili Malaysia ke WCGC Akhir Dunia 2025 yang bakal berlangsung di Dongzhuang Beach Golf Club, Shanghai, China pada 19 hingga 23 Oktober depan. 

Selain Enotech, turut tampil sebagai penaja bersama ialah Konsortium Jaringan Selangor, Spectrum Outdoor, Simple Advantage, CelcomDigi, PlusMax Duty Free, Ancom Nylex Berhad , World Klang Group, KUSEL, Avisena Healthcare, Les Copaque Production Sdn. Bhd. serta Cuckoo Malaysia dan disokong oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN