PSG atasi Bayern, Real tundukkan Dortmund

PSG atasi Bayern, Real tundukkan Dortmund

PEMAIN PSG Ousmane Dembele berjaya mengatasi penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer sebelum meledak gol pada aksi suku akhir Piala Dunia Kelab melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA, Amerika Syarikat: Paris Saint-Germain (PSG) berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bayern Munich pada aksi suku akhir di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, Georgia, awal pagi tadi.

Kemenangan juara Eropah itu dibantu menerusi jaringan Desire Doue dan Ousmane Dembele pada babak kedua.

Juara tiga piala dari Perancis itu bagaimanapun kehilangan Willian Pacho dan Lucas Hernandez yang dilayangkan kad merah pada hujung perlawanan.

Sementara itu, Real Madrid berdepan tentangan sengit daripada Borussia Dortmund sebelum melakar kemenangan 3-2 untuk mara ke separuh akhir berdepan PSG, Khamis ini.


PENYERANG Muda Real Madrid, Gonzalo Garcia melakukan sepakan kencang ke gawang Borussia Dortmund pada aksi suku akhir Piala Dunia Kelab di Stadium MetLife, East Rutherford.-AFP

Pada aksi di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey, skuad kendalian Xabi Alonso bermula dengan baik apabila mencetak dua gol awal pada minit ke-10 dan m-20 menerusi Gonzalo garcia dan Fran Garcia.

Dortmund merapatkan kurang menerusi jaringan Maximilian Beier pada minit ke-92 namun Kylian Mbappe menemui sentuhan penyudah hasil sepakan gunting menarik dua minit kemudian.

Skuad skuad kendalian Niko Kovac cuba melakukan kebangkitan namun ia sudah terlambat walaupun berjaya memperolehi satu lagi gol pada minit ke-98 melalui Serhou Guirassy yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Dean Huijsen dibuang padang pada penghujung perlawanan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN