LONDON: Perpindahan Alexander Isak dari Newcastle ke Liverpool yang kini semakin hangat diperkatakan dijangka akan mencatat rekod baharu yuran perpindahan dalam sejarah sukan Britain yang dipercayai berjumlah 125 juta pound (RM711 juta).
Sejak Isak, 25, memaklumkan kepada Magpies bahawa dia tidak berminat untuk menandatangani kontrak baharu dan sebaliknya ingin meneroka perpindahan telah diduga bahawa perpindahan ke Anfield akan berlaku.
Liverpool bersedia untuk memecahkan semua rekod perpindahan untuk mendapatkan Isak senarai teratas sasaran penyerang mereka.
Ada dakwaan bahawa Isak telah pun menandatangani perjanjian peribadi dan Liverpool sedang dalam proses membersihkan ruang dalam skuad dan bajet melalui penjualan Luis Diaz kepada Bayern dan berpotensi menyingkirkan Darwin Nunez juga.
Perjanjian Liverpool untuk Isak sudah 60 peratus selesai dan terkini Fabrizio Romano telah mengesahkan bahawa terdapat kemajuan besar telah dicapai dalam perjanjian Isak untuk menyertai Liverpool.
Fabrizio mendakwa bahawa perjanjian itu sudah 60 peratus selesai dengan perbincangan antara kedua-dua kelab itu sedang berjalan.
“Bagi Alexander Isak, dari segi peratusan untuk Liverpool, ia adalah 60 peratus. Ia agak optimis, tetapi masih ada kerja yang perlu dilakukan. Masih 40 peratus lagi sebelum kita boleh katakan bahawa Isak akan menjadi pemain Liverpool.
“Tetapi Liverpool mempunyai semua niat untuk meneruskan perjanjian ini. Liverpool sudah menghubungi Newcastle dua minggu lalu.
“Liverpool bersedia untuk membuat bidaan memecahkan rekod Liga Perdana untuk pemain berusia 25 tahun itu, tetapi sedang menunggu untuk Newcastle memberi lampu hijau,” kata Fabrizio kepada DAZN Transfer.-AGENSI