Marquez akui kehilangan banyak perkara

Marquez akui kehilangan banyak perkara

AKSI Marc Marquez dalam Grand Prix Belanda baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Assen, BELANDA: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengakui dia kehilangan banyak perkara apabila menyertai pasukannya Ducati namun tidak menafikan tanpa keputusan tersebut adalah mustahil untuknya mendahului kejuaraan MotoGP bagi musim ini.

Antara penampilannya pada 2013 hingga 2019, pelumba berusia 32 tahun itu memenangi enam gelaran kelas utama dalam tujuh tahun bersama Honda.

Namun, kerjayanya terganggu pada permulaan musim 2020 apabila dia mengalami patah lengan kanan yang teruk dalam kemalangan di Grand Prix (GP) Sepanyol sehingga memerlukan empat pembedahan besar pada beberapa tahun berikutnya.

Apabila tahap kecergasannya semakin baik, prestasi Honda pula merosot dan akhirnya Marquez menamatkan kontraknya yang lumayan bersama pasukan pengilang HRC setahun lebih awal untuk menyertai Ducati pasukan satelit Gresini bagi kempen 2024.

Langkah itu memberi nafas baharu kepada Marquez yang memenangi tiga perlumbaan GP, menamatkan musim di tempat ketiga dalam kejuaraan dan memaksa Ducati menaikkannya ke pasukan pengilang sekali gus menyebabkan juara dunia ketika itu, Jorge Martin menyertai Aprilia.

Selepas 10 pusingan musim ini, Marquez telah memenangi lapan perlumbaan pecut dan enam GP sekali gus mendahului kejuaraan dengan kelebihan 68 mata.

“Saya tak boleh pilih kerana tahun-tahun pertama saya dalam MotoGP memang luar biasa tetapi seperti yang saya pernah cakap, cabaran terbesar, paling sukar dalam kerjaya saya adalah untuk bangkit semula selepas kecederaan itu.

“Saya pertaruhkan diri saya sendiri. Saya kehilangan banyak perkara, hanya untuk memahami sama ada saya masih kompetitif.

“Bagi saya, tahun paling penting dalam kerjaya saya adalah tahun lalu bersama pasukan Gresini kerana itulah saat saya membuat keputusan. Kemudian semuanya mula datang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN