Jun Hao cabar takhta Lanier

Jun Hao cabar takhta Lanier

Leong Jun Hao perlu lebih konsisten dalam setiap kejohanan yang disertainya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wakil tunggal perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hau berdepan tugas getir apabila bakal berdepan juara bertahan, Alex Lanier pada pusingan pertama Terbuka Jepun, minggu depan.

Tahun lalu, Lanier melakar kejutan selepas menumpaskan nama-nama besar untuk merangkul kejuaraan dan kini kembali ke Tokyo dengan misi mempertahankan gelaran pada kejohanan bertaraf Super 750 itu.

Jun Hou menyedari corak permainan pantas dan kekuatan fizikal Lanier bakal menguji ketahanan dirinya, namun enggan tenggelam dan tidak akan memberi laluan mudah kepada pemain pilihan tersebut.

“Saya rasa tekanan semasa mereka ada atau tidak masih sama. Memang ada tekanan itu cuma sekarang ianya lebih berat.

“Untuk persediaan (ke Jepun), saya ikut latihan yang diberikan sehingga hari kejohanan. Di Jepun kita akan bersedia dan berbincang bagaimana lawan dia (Lanier) nanti,” kata Jun Hao selepas latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, semalam.

Menggalas reputasi sebagai bekas juara remaja Asia, Jun Hao mengakui pengalaman menewaskan beberapa pemain elit sebelum ini menjadi bekalan penting menentang lawan yang lebih mantap fizikalnya.

Sesi latihan intensif bersama pengarah kejurulatihan kebangsaan, Kenneth Jonassen banyak memberi fokus terhadap aspek luar dan dalam gelanggang, termasuk peningkatan kecergasan serta ketahanan mental.

“Sekarang bebas kecederaan dan fizikal pun dah siap (sedia), jadi saya hanya harap boleh memberi prestasi seperti yang saya nak nanti,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN