Cklamovski yakin Harimau Malaya ke Piala Asia

Cklamovski yakin Harimau Malaya ke Piala Asia

SKUAD Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski berjaya melonjakkan ranking pasukan kebangsaan di kedudukan 125 dunia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan bergaya 4-0 ke atas Vietnam pada Jun lalu bukan sekadar tiga mata tetapi ia adalah simbol kebangkitan sebenar Harimau Malaya yang semakin bersedia mengaum di pentas Asia.

Skuad kendalian Peter Cklamovski kini berada di landasan terbaik untuk layak ke Piala Asia 2027, sekali gus membuktikan bahawa perubahan dalam skuad kebangsaan bukan lagi sekadar retorik.

Apa yang kita saksikan hari ini adalah hasil usaha dan visi jangka panjang yang diilhamkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Beliau adalah tokoh yang lantang memperjuangkan transformasi bola sepak Malaysia ke arah lebih profesional dan berdaya saing.

Bagi Cklamovski, pencapaian cemerlang ini bukanlah kemuncak, sebaliknya satu permulaan kepada fasa baru Harimau Malaya.

“Semua orang berkata mengenai revolusi Harimau Malaya tetapi ini adalah perancangan jangka masa panjang yang diterajui Tunku Ismail. Kita pun ada pelan jangka masa pendek yang kita mahu capai.

“Pasukan ini ada mentaliti bahawa tiada apa yang boleh halang kami. Kami mahu setiap pemain ada rasa dahagakan (kejayaan), berusaha keras, menjadi lebih baik dan membina identiti pasukan.

“Perancangan jangka masa pendek kita bukan sahaja membabitkan misi mendapatkan enam mata pada bulan Oktober nanti tetapi untuk menerajui kumpulan dan layak ke Piala Asia 2027.

“Kita akan gunakan perkara ini sebagai batu loncatan untuk ke Piala Asia, bukan setakat bertanding rasa gembira berada di Piala Asia. Kita mahu lakukan sesuatu yang istimewa untuk negara ini di sana nanti,” katanya.

Malaysia kini mendahului Kumpulan F Kelayakan Piala Asia selepas menewaskan Vietnam dengan penuh bergaya di Bukit Jalil dalam aksi yang menjadi penanda aras baharu skuad negara di bawah era Cklamovski.

Berdasarkan simulasi Footyrankings, peluang Malaysia untuk layak kini mencecah 79 peratus, sekali gus menjadikan pasukan negara sebagai antara calon awal untuk muncul dalam senarai rasmi ke Arab Saudi kelak.

Sekiranya momentum ini kekal, Harimau Malaya bukan hanya sekadar peserta, tetapi mampu menjadi pencabar di pentas Asia seperti yang diimpikan Tunku Ismail dan seluruh penyokong bola sepak tanah air.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN