Sarjit sedia letak jawatan

Sarjit sedia letak jawatan

SARJIT ketika bersama para pemain pada Kejohanan FIH Hoki Piala Negara-Negara di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh bersedia melepaskan jawatan jika skuad bimbingannya gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 di Belgium dan Belanda pada Ogos tahun depan.

Sarjit yang mula membimbing skuad kebangsaan pada Mac tahun lalu berkata, dia akan mengambil tanggungjawab penuh jika misi berkenaan tidak berjaya direalisasikan tanpa menyalahkan mana-mana pemain.

“Saya dah cakap dari awal, kalau dalam tempoh dua tahun saya rasa saya tak boleh bawa pasukan ini ke tahap sepatutnya, dan kalau kita tak layak ke Piala Dunia, saya sendiri akan letak jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Speedy Tigers tumpas 1-2 kepada Wales dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam Piala Negara-Negara 2024-25, kelmarin.

Malaysia menamatkan kempen Piala Negara-Negara edisi kali ini di tempat keenam satu anak tangga lebih baik berbanding tempat ketujuh tahun lalu, namun gagal menepati sasaran untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Sarjit pada masa sama meminta semua pihak supaya memberi ruang dan kepercayaan kepada barisan muda negara yang menurutnya masih dalam proses pembelajaran dan memerlukan pendedahan lebih banyak di pentas antarabangsa.

Katanya lagi, walaupun kecewa gagal mara ke separuh akhir serta tewas buat kali pertama kepada Wales, beliau tetap berpuas hati dengan komitmen pemain dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

“Setiap pemain tunjuk disiplin yang tinggi. Yang penting sekarang kita kena teruskan usaha dan pastikan kesilapan mudah dapat dikurangkan dalam perlawanan akan datang,” tambah beliau.

Dalam pada itu,beliau juga akan melakukan beberapa perubahan dalam skuad, sambil berharap semangat tanggungjawab dalam kalangan pemain akan terus meningkat.

“Saya nampak sekarang pemain dah mula berani bercakap, ambil tanggungjawab dalam pasukan. Itu perkembangan yang baik. Kita akan terus kerja keras,” katanya.

Sarjit dilantik semula sebagai ketua jurulatih pada 2023 dan diberi mandat jangka panjang untuk membina skuad kompetitif menjelang Olimpik Los Angeles 2028-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN