Speedy Tigers lebih garang

Speedy Tigers lebih garang

Sarjit Singh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih hoki negara, Sarjit Singh melakukan perubahan lebih berani apabila meletakkan dua penyerang utama di bahagian tengah untuk ‘menghidupkan’ serangan.

Sarjit berkata, Norsyafiq Sumantri dan Muhajir Abdu Rauf yang sebelum ini bertindak sebagai penyerang mampu beraksi dengan baik di bahagian tengah.

Katanya, perubahan itu tidak menjejaskan jentera serangan Speedy Tigers yang dibarisi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, Ashran Hamsani, Akhimullah Anuar Esook, Faizal Saari dan Danish Aiman Khairul Anuar.

“Kita turunkan Syafiq dan Muhajir untuk bermain di bahagian tengah. Mereka ini penyerang tetapi pada masa sama mereka juga boleh beraksi di bahagian tengah.

“Masa siri Jelajah Australia tempoh hari, kami cuba meletakkan dua pemain ini di bahagian tengah dan mereka boleh bermain dengan baik.

“Lagi pun di bahagian serangan kita sudah ada Azrai, Faizal, Danish jadi, kita bawa penyerang untuk bermain di bahagian tengah,” katanya.

Skuad hoki kebangsaan akan berkelana di Ismailia, Mesir dari 1 hingga 8 Mac ini sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Bagi kempen kelayakan tersebut, Sarjit turut menyenaraikan empat pemain daripada skuad remaja iaitu Andywalfian Jeffrynus, Azimuddin Syakir Kamaruddin, Adam Ashraf Mohd Johari dan Danish Aiman.

“Bagi kelayakan ini, Azimuddin menjadi flicker ketiga pasukan selepas Faizal dan Syed Syafiq Syed Cholan. Kita ada barisan pemain terbaik untuk melayakkan diri ke Piala Dunia,” kata Sarjit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN