LONDON: Juara dunia Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK), Toprak Razgatlioglu ke MotoGP musim 2026 mendapat sambutan hangat daripada legenda litar, Marc Marquez.
Pelumba utama Ducati itu menyifatkan kehadiran penunggang Turkiye itu sebagai satu suntikan segar kepada saingan perdana dua roda dunia.
“Sudah tentu bagus menerima seorang lagi juara dalam kejohanan seperti Razgatlioglu.
“Ia akan menarik kerana gaya tunggangannya sangat agresif di hadapan dan dia memang kuat dalam Superbike,” kata Marquez.
Razgatlioglu yang sebelum ini dikaitkan dengan Honda, sah menyertai pasukan Pramac Yamaha bagi saingan dua musim mulai tahun depan.
Keputusan itu juga membuka ruang kepada lebih banyak variasi negara di grid MotoGP, sesuatu yang turut dipuji Marquez.
Rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia pula percaya ini masa paling sesuai untuk Razgatlioglu melakukan lompatan besar itu.
Namun, Bagnaia memberi amaran bahawa proses penyesuaian bukan mudah kerana karakter jentera dan tayar jauh berbeza berbanding Superbike. – AGENSI