Rogol 10 wanita, penuntut PhD China dipenjara seumur hidup di Britain - Utusan Malaysia

Rogol 10 wanita, penuntut PhD China dipenjara seumur hidup di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pelajar kedoktoran (PhD) warga China dihukumpenjara seumur hidup oleh Mahkamah Crown Inner London pada Khamis, selepas didapati bersalah merogol dan merakam secara rahsia sekurang-kurangnya 10 wanita di Britain dan China.

Tertuduh, Zou Zhenhao, 28, diperintahkan menjalani hukuman minimum selama 24 tahun sebelum layak dipertimbangkan untuk parol.

Hakim Rosina Cottage dalam penghakimannya menyifatkan Zou sebagai individu yang kelihatan “berpendidikan, bercita-cita tinggi dan memikat” di mata masyarakat, namun sebenarnya bertopengkan seorang pemangsa seksual bersiri.

Zou yang menetap di selatan London menggunakan pelbagai platform atas talian dan aplikasi janji temu untuk mengenali wanita, sebelum menjemput mereka ke kediamannya dengan alasan untuk berbincang soal pelajaran atau menikmati minuman namun, setelah itu beliau bertindak mencampurkan dadah ke dalam minuman mangsa sebelum melakukan serangan seksual.

Tertuduh disabitkan dengan 28 pertuduhan termasuk 11 kes rogol, tiga kes mengintip, 10 kes memiliki bahan pornografi ekstrem, satu kes penahanan secara salah dan tiga kes memiliki dadah dengan niat untuk melakukan kesalahan seksual.

Sepanjang perbicaraan selama empat minggu, pihak pendakwa mengemukakan bukti yang menunjukkan Zou sebagai perogol bersiri yang menyasarkan mangsa melalui media sosial dan laman janji temu di mana setelah mangsa dijemput ke rumahnya di London atau China, beliau akan merakam serangan tersebut menggunakan kamera tersembunyi dan telefon bimbit.

Pihak pendakwa turut mendedahkan Zou menyimpan barang peribadi mangsa termasuk barang kemas dan pakaian sebagai ‘tanda kenangan’ selepas kejadian.

Siasatan polis mendapati ratusan rakaman serangan seksual disimpan dalam peranti elektronik milik tertuduh manakala analisis ke atas komputer riba dan telefon bimbit Zou turut mendedahkan berjuta-juta mesej berkaitan dengan perancangannya dan aktiviti serangan ke atas wanita, termasuk di China.

Pendakwa raya Saira Pike menyatakan hukuman penjara seumur hidup itu mencerminkan tahap kebiadaban jenayah yang dilakukan serta bahaya yang dibawa oleh Zou kepada masyarakat, khususnya terhadap golongan wanita.

Zou yang berasal dari Dongguan, Wilayah Guangdong, dipercayai berpindah ke United Kingdom pada 2017 dan memulakan pengajian PhD di University College London pada tahun 2019.

Kes mula terbongkar apabila seorang wanita tampil membuat laporan polis dan hasil serbuan di kediaman Zou menemui pelbagai jenis dadah serta kamera tersembunyi yang digunakan dalam serangan tersebut.

Pihak berkuasa percaya terdapat lebih 50 lagi mangsa yang belum dikenal pasti dan menyeru agar sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×