Fatin sasar emas berpasukan compound

Fatin sasar emas berpasukan compound

SKUAD berpasukan wanita mara ke final acara compound Piala Asia 2025 Pusingan 2 di Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemanah kebangsaan, Fatin Nurfatehah Mat Salleh kini mengalihkan tumpuan kepada acara berpasukan wanita compound selepas membantu skuad negara mara ke pentas akhir Piala Asia 2025 Pusingan 2 di Singapura, semalam.

Fatin bersama rakan sepasukan, Saritha Cham Nong dan Ng Sui Kim bakal menentang pilihan utama, India dalam misi merangkul emas pertama Malaysia pada perlawanan akhir kejohanan hari ini.

Jelasnya, peluang ke final cukup bermakna kerana kali terakhir beliau beraksi dalam format berpasukan ialah ketika Sukan SEA Hanoi dua tahun lalu.

“Kami tidak meletakkan sebarang tekanan… hapa yang penting adalah beri tentangan terbaik dalam perlawanan akhir.

“India pasukan yang sangat kuat dari segi ranking, tapi dalam sukan memanah segalanya boleh terjadi,” kata Fatin.

Lebih istimewa, ini kali pertama mereka bertiga bergandingan di pentas antarabangsa, menjadikan kejayaan ke final lebih manis.

India akan tampil dengan barisan utama yang menampilkan Shanmukhi Naga Sai Budde, Tejal Rajendra Salve dan Tanishka Nilkumar Thokal selaku pilihan kejohanan.

“Saya anggap setiap aksi peluang untuk bangkit… dalam berpasukan kami sudah tunjuk peningkatan dan mahu kekalkan prestasi itu di final,” katanya.

Skuad wanita compound juga mencipta rekod kebangsaan baharu dengan kutipan 2,068 mata, manakala dua gangsa turut disumbang pasukan compound lelaki dan recurve wanita.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN