CHARLOTTE: Benfica mengejutkan Bayern Munich 1-0 dalam aksi terakhir kumpulan, sekali gus sekali gus meletakkan wakil Portugal itu sebagai juara Kumpulan C Piala Dunia Kelab.
Benfica akan menentang Chelsea atau Esperance de Tunis di pusingan 16 terakhir, manakala Bayern, yang menamatkan saingan di tempat kedua akan bertemu juara Kumpulan D, Flamengo.
Gol kemenangan Benfica dijaringkan oleh Andreas Schjelderup pada separuh masa pertama dan jaringan itu bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Schjelderup memecah kebuntuan pada minit ke-13 apabila menyempurnakan umpanan Fredrik Aursnes menerusi satu sentuhan serta memanfaatkan kelekaan barisan pertahanan Bayern.
“Saya rasa separuh masa pertama kami memang tidak bagus langsung. Dengan keadaan padang dan cuaca panas, saya sudah menjangka permainan tidak akan berjalan lancar seperti biasa.
“Beginilah bola sepak. Kalau anda ada peluang tapi tak ambil, anda akan terima padah… aksi pusingan 16 akan jadi perlawanan yang sukar. Tapi kami tahu kami boleh mencipta peluang,” kata jurulatih Bayern, Vincent Kompany.
Sementara itu, satu lagi aksi Kumpulan C menyaksikan Auckland City terikat 1-1 sama dengan Boca Juniors.- AGENSI