Skuad double negara ke separuh akhir,tundukkan Taiwan 2-0

Skuad double negara ke separuh akhir,tundukkan Taiwan 2-0

AKSI pemain Malaysia, Redwan Hakim melakukan libasan ketika melawan pasukan Taiwan pada acara double dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad double negara menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 selepas menundukkan Taiwan 2-0 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi mempamerkan aksi bertenaga apabila tidak berdepan banyak masalah untuk membenam pasangan Taiwan, Chung Ching Lin dan Chan Ming Lung.

Malaysia bermula garang dalam set pertama apabila mendominasi gelanggang sebelum mencatat kemenangan selesa dengan keputusan 15-11.

Rentak konsisten diteruskan dalam set kedua apabila Muhammad Redwan Hakim Muhammad yang mengantikan Noraizat terus memberi tekanan berterusan ke atas lawan meskipun Taiwan dilihat beri tentangan sengit sebelum berjaya mengunci kemenangan 17-14 sekaligus menamatkan kempen kumpulan B di kedudukan kedua di belakang Thailand.

Kemenangan itu sekaligus menyaksikan Malaysia menempah slot ke separuh akhir menentang India yang muncul juara Kumpulan A.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN