Malaysia mudah libas Nepal

Malaysia mudah libas Nepal

AKSI pemain Malaysia, Muhammad Noraizat Mohd Nordin ketika melawan pasukan Nepal pada acara Double dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad double negara bermula langkah kanan selepas mudah membenam Nepal pada aksi pertama Kumpulan B pada kejohanan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Titiwangsa itu, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Muhammad Aidil Aiman Azwawi tidak berdepan masalah untuk menghadiahkan kemenangan buat Malaysia dengan keputusan straight set.

Pada set pertama Noraizat dan Aidil menang 15-8 dan pada set kedua, pengendali negara, Aswadi Abdullah menukar strategi dengan merehatkan Noraizat dengan membawa masuk Redwan Hakim.

Percaturan itu membuakan hasil apabila skuad negara menang mudah 15-5 pada set kedua, sekali gus mendapat moral terbaik sebelum berdepan Thailand, malam ini.

Selain Malaysia, Nepal dan Thailand, turut menanggotai Kumpulan B ialah Taiwan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN