Gandingan muda, senior kekuatan skuad negara

Gandingan muda, senior kekuatan skuad negara

Ahmad Jais Baharun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kombinasi pemain muda dan senior menjadi senjata utama skuad sepak takraw negara dalam misi memburu kejuaraan Piala Asia 2025 yang berlangsung pada 10 hingga 18 Mei ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun berkata, barisan kejurulatihan telah membuat penilaian terbaik dalam membentuk skuad kali ini bagi memastikan skuad kebangsaan berjaya memberi cabaran dalam saingan Piala Asia 2025.

“Secara peribadi, saya melihat gandingan kali ini cukup mantap. Pemain muda kita tampil cemerlang dalam kejohanan domestik dan bakal diberikan peluang membuktikan kemampuan mereka di peringkat lebih tinggi.

“Tanggungjawab yang digalas ini bukan sahaja satu peluang, tetapi amanah untuk membawa nama negara. Harapan kami ialah agar setiap pemain memberikan aksi terbaik dan terus meningkatkan prestasi sepanjang kejohanan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, Thailand bakal menjadi pencabar utama dengan musuh tradisi itu menurunkan pemain utama bagi acara regu, manakala acara berpasukan pula mereka memberi kepercayaan kepada pemain muda yang sudah biasa beraksi di pentas Liga Sepak Takraw (STL) Malaysia.

“Mereka (Thailand) tidak kekurangan pemain berkualiti. Walaupun menurunkan muka baharu dalam acara berpasukan, mereka sudah pun beraksi dalam suasana bertekanan tinggi di STL. Ini satu strategi bijak kerana pemain mereka lebih cepat menyerap tekanan.

“Justeru, kita tidak boleh ambil mudah cabaran mereka, dan persiapan rapi perlu dilakukan kerana Thailand pastinya mahu mempamerkan kredibiliti mereka,” katanya lagi.

Skuad sepak takraw negara membariskan 15 pemain yang bakal menggalas cabaran negara dalam kejohanan Piala Asia 2025 dengan membawa dua muka baharu iaitu Khairul Aman Mohd Rosdi dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad yang beraksi sebagai Apit Kanan serta kembalinya Tekong berpengalaman negara, Muhammad Zulkifli Abd Razak.

Sebaliknya, bagi skuad ‘Gajah Putih’ kali ini tampil dengan majoriti muka baharu dan hanya membariskan empat tonggak senior iaitu Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena, Tanaphon Sapyen dan Yodsawat Uthaijaronsri.

Turut tiada dalam senarai ialah tekong kidal veteran, Siriwat Sakha yang direhatkan susulan prestasi kurang memberangsangkan.

Nama 15 pemain kebangsaan ke Piala Asia 2025

1. Muhammad Haziq Hairul Nizam(Tekong)
2. Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican(Tekong)
3. Mohammad Syahir Mohd Rosdi(Tekong)
4. Muhammad Zulkifli Abd Razak(Tekong)
5. Mohamad Azlan Alias(Apit Kanan)
6. Muhammad Noraizat Mohd Nordin(Apit Kanan)
7. Muhammad Shahalril Aiman Halim(Apit Kanan)
8. Muhammad Fetri Mohd Azwadi(Apit Kanan)
9. Khairul Aman Mohd Rosdi(Apit Kanan)
10. Muhammad Redwan Hakim Muhammad(Apit Kanan)
11. Muhammad Afifuddin Mohd Razali(Apit Kanan)
12. Amirul Zazwan Amir(Apit Kiri)
13. Farhan Adam(Apit Kiri)
14. Aidil Aiman Azwawi (Apit Kiri)
15. Norfaizzul Abd Razak(Apit Kiri)-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya