Andre temui formula lompatan baharu

Andre temui formula lompatan baharu

Andre Anura Anuar ketika beraksi di kejohanan Cahya Mata Super Series MA International Meet 2025 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar sudah menjumpai formula untuk melakukan lompatan terbaik bagi memperbaiki prestasinya.

Atlet berusia 26 tahun itu menepati ramalan apabila merangkul pingat emas dalam acara lompat kijang di Cahya Mata Super Series MA International Meet 2025 baru-baru ini.

Dia melakukan lompatan 15.62 meter (m) menewaskan Brendon Ting Li King di tempat kedua dengan 15.22m manakala gangsa milik Mohamad Shah Sholihin Azshar (14.92m).

“Saya gembira dengan kemenangan ini terutamanya rentak lompatan saya yang sebelum ini banyak batal namun untuk pembukaan musim ini saya berjaya mengatasi masalah itu.

“Sebelum ini, saya banyak melakukan kesalahan yang menyebabkan lompatan terbatal, termasuk Sukan Komanwel. Itu objektif utama saya sebenarnya,” katanya.

Andre selepas ini akan menyertai Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Korea Selatan yang akan berlangsung pada 27 hingga 31 Mei ini dan Sukan SEA Thailand, Disember depan.

Katanya, sebelum menyertai dua kejohanan besar itu dia perlu memperbaiki lompatannya dengan sasaran untuk mencapai jarak 16m.

Catatan rekod peribadi miliknya dalam acara lompat kijang adalah 16.51 yang dilakukan di Sukan SEA Hanoi 2021 dan 8.02 m untuk lompat jauh ketika beraksi di Sukan SEA Filipina 2019.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN