Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama warga UPM

Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama warga UPM

SULTAN Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 50 pelajar asnaf dalam Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka Puasa dan solat tarawih bersama warga Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan di Dataran Masjid UPM, Serdang baru-baru ini.

Baginda selaku Tuanku Canselor UPM turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada penerima serta menerima zakat perniagaan, wakaf dan penyerahan peruntukan Dana Wakaf Ilmu UPM dalam majlis yang dihadiri barisan pengurusan tertinggi universiti dan jemputan khas.

Yang turut hadir, Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah ; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Jailani Johari ; Pro Canselor UPM, Datuk Prof. Emeritus Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa kesejahteraan dan al-Quran sebelum diteruskan dengan berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah bersama warga universiti.

Baginda kemudian berangkat meninggalkan majlis kira-kira pukul 10 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN