PETALING JAYA: Tonggak Harimau Malaya Stuart Wilkin melaungkan keyakinan untuk meledak lebih banyak gol pada perlawanan persahabatan menentang Laos dan India. Wilkin mengakui ketika ini dia berada dalam prestasi terbaik dan sudah tidak sabar untuk beraksi dengan cemerlang termasuklah membantu skuad Harimau Malaya meraih keputusan positif pada dua pertemuan itu. “Ya saya rasa berada dalam keadaan terbaik kerana awal musim lalu sukar untuk saya kerana mengalami kecederaan yang tidak pernah…