ANKARA: Bekas presiden kelab bola sepak Ankaragucu dari Turkiye, Faruk Koca, dijatuhi hukuman hampir empat tahun penjara kerana kesalahan menyerang pengadil, Halil Umut Meler pada akhir tahun lalu. Koca terlibat dalam salah satu skandal terbesar sejarah bola sepak Turkiye apabila beliau masuk ke padang dan memukul Meler di muka, menyebabkan pengadil itu pengsan selepas perlawanan antara Ankaragucu dan Rizespor berakhir yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Susulan insiden itu, Persekutuan…