Nadal umum persaraan

Nadal umum persaraan

RAFAEL Nadal mengumumkan beliau akan bersara daripada lapangan profesional selepas berakhir Piala Davis pada November ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bintang tenis Rafael Nadal mengumumkan beliau akan bersara daripada lapangan profesional selepas berakhir kejohanan Piala Davis pada November ini sekali mengakhiri karier yang membawanya menjulang 22 gelaran Grand Slam.

Beliau yang dianggap pemain ikonik telah melalui cabaran dunia tenis yang panjang termasuk persaingan epik dengan musuh utamanya, Roger Federer dan Novak Djokovic

“Saya akan bersara daripada lapangan profesional. Realitinyan saya melalui tahun-tahun yang sukar terutama dua tahun sebelum ini. Keputusan ini begitu sukar dibuat. Namun, inilah hakikat kehidupan yang ada permulaan dan pengakhiran,” katanya dalam satu rakaman video di media sosial.

Pemain Sepanyol berusia 38 tahun itu akan menamatkan tempoh dua dekad sebagai pemain tenis profesional dengan meraih 92 gelaran dan mengumpul hadiah kemenangan dianggarkan AS$135 juta.

Dia menguasai Terbuka Perancis yang mana dia menang 14 kejuaraan major dengan kejuaran pertama pada 2005 dan yang terakhir pada 2022 menjadikan dia sebagai juara yang paling lama.

Dalam saingan di Roland Garros, dia hanya tewas tiga kali dalam 115 perlawanan dan dia juga merupakan juara empat kali Terbuka Amerika Syarikat dan dua kali menjulang trofi Terbuka Australia.

Nadal juga menang gelaran di Wimbledon sebanyak dua kali iaitu pada 2008 dan 2010 walaupun gelanggang rumput sentiasa menjadi sukar.

Kemenangan lima set ke atas Federer pada 2008 merupakan aksi final yang tidak akan dilupakan dalam sejarah Grand Slam di kelab All England.

Nadal juga mencapai karier Golden Slam selepas memenangi pingat emas Olimpik pada 2008, malah lima trofi Piala Davis.

Dia juga memegang gelaran pemain nombor satu dunia selama  lima tahun dan sentiasa berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dari 2005 hingga Mac tahun ini.  – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN