PETALING JAYA: Lagenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi mencuri tumpuan, namun kali ini dalam arena perniagaan. Beliau dilaporkan menerima sebanyak RM80 juta hasil daripada penjualan tanah di Kota Damansara melalui syarikat miliknya, Skyload Express Sdn. Bhd. Syarikat tersebut dikatakan telah menjual tanah pajakan seluas 2.26 hektar kepada Magma Group Bhd yang bercadang membangunkan dua menara 34 tingkat di kawasan berkenaan. Projek tersebut akan menempatkan pangsapuri perkhidmatan serta…