Pemain ikut taktikal dirancang- Vicente

Pemain ikut taktikal dirancang- Vicente

PEMAIN negara meraikan gol jaringan Safawi Rasi ketika berdepan Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Mari Vicente mengakui mengakui barisan pemainnya beraksi baik dan mengikut segala perancangan ketika sesi latihan biarpun ramai yang beranggapan gaya permainan Malaysia agak perlahan ketika berdepan Filipina, kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Harimau Malaya dilihat bermula dengan hambar malah tidak menampakkan keserasian, berbeza dengan Filipina yang menampilkan persembahan kemas biarpun hanya sempat berkumpul sehari untuk latihan rasmi bagi menyertai Pestabola Merdeka 2024.

Perkara itu dibuktikan selepas anak-anak buah Norman Fegidero terlebih dahulu berada di hadapan untuk memimpin perlawanan sebelum Harimau Malaya bangkit menerusi jaringan penyamaan Syamer kutty Abba dan mengharapkan gol sepakan penalti menerusi pemain gantian, Safawi Rasid pada babak kedua.

“Saya tidak bersetuju (permainan perlahan). Kami ada peluang di awal permainan tetapi tidak mendapatkan hasil. Mungkin ini ‘wake-up call’ di mana pemain perlu memberi lebih lagi dalam permainan. Malah pasukan lawan juga bermain baik dan pemain kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri.

“Gol yang dilepaskan (gol Filipina) terhasil menerusi serangan balas, sebelum bola membias (mengenai Feroz Baharudin) untuk gol sendiri. Jelas ia bukanlah gol yang terhasil daripada gerakan berbahaya daripada pasukan lawan.

“Selepas itu pemain beraksi baik dan mengikut perancangan. Mereka (pemain) mengawal permainan dengan mencipta peluang dan saya fikir pemain sudah buat yang terbaik, di mana pemain mengikut perancangan yang sudah diatur dalam latihan,” kata Vicente.

Mengulas lanjut, bekas jurulatih skuad remaja Barcelona itu menyifatkan aksi berdepan Filipina bukan tugas mudah kerana lawan menggunakan kelebihan fizikal untuk memberi tekanan kepada skuad negara.

“Saya fikir ia aksi yang sukar namun kami sememangnya layak meraih keputusan ini (menang). 10 minit terakhir kami dilihat sedikit goyah kerana berdepan lawan dengan kekuatan fizikal yang kuat, ia menunjukkan bukan mudah untuk mendapatkan kemenangan ini,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan anak-anak buah Vicente akan berdepan Lubnan di pentas final Pestabola Merdeka 2024 pada Ahad ini, manakala Filipina akan Tajikistan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada hari yang sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN