MASON: Pemain No.1 dunia, menjangkakan beliau akan berdepan cabaran ketika beraksi di gelanggan keras di Terbuka Cincinnati yang bermula hari ini.
Bagaimanapun, jaguh dari Poland itu menganggap kejohanan itu sebagai aksi pemanas badan menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS), hujung bulan Ogos ini.
“Saya tahu kejohanan pertama di gelanggang keras tidak akan mudah. Jadi saya akan cuba menganggapnya sebagai satu ‘latihan’.
“Namun bukan dengan cara memandang mudah tetapi lebih kepada cara saya berlatih. Saya fikir itu satu pendekatan yang terbaik untuk saya sekarang,” kata Swiatek.
Swiatek sebelum ini meraih gelaran di gelanggang tanah liat Terbuka Madrid, Rom dan Perancis, namun tersingkir di pusingan ketiga padang rumput Wimbledon.
Beliau kemudian meraih gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 di tanah liat Rolland Garros, awal bulan lalu.
Pemain berusia 23 tahun itu berkata, beliau mensasarkan untuk merangkul gelaran di Cincinnati selepas sibuk membuuat persiapan bagi Terbuka AS yang dijadualkan bermula 26 Ogos ini.
“Saya rasa selepas Olimpik (Paris) saya perlu menetapkan semula fokus untuk memulihkan teknik saya dan hanya pamerkan aksi terbaik di gelanggang.
“Di sini (Cincinnati) menjadi tempat yang sesuai untuk melakukannya. Rasanya kurang riuh namun sebaliknya sebelum kejohanan masih ramai penonton. Jadi anda masih merasakan kejohanan ini penting,” jelasnya. – AGENSI











