MANCHESTER- Legenda Manchester United, Rio Ferdinand percaya penolong pengurus pasukan itu, Ruud Van Nistelrooy akan mengembalikan sentuhan penyudah penyerang, Marcus Rashford yang dilihat semakin hilang ‘sengat’. Van Nistelrooy yang merupakan rakan sepasukan Ferdinand ketika era kegemilangan The Red Devils kembali ke pangkuan United selaku penolong pengurus, meninggalkan tugas lamanya sebagai ketua jurulatih PSV Eindhoven. Ferdinand berkata, sifat ‘bengis’ yang ada pada Nistelrooy mampu membuka jalan kepada Rashford untuk kembali ke…